Lesen Kontraktor CIDB adalah sijil yang diperlukan oleh individu yang ingin melakukan kerja pembinaan. Kontraktor ini perlu berdaftar mengikut akta pembinaan dan diberi mandat untuk menjalankan projek atau pembekalan kepada pemilik projek. Mandat ini berbentuk surat tawaran atau Letter Offer (L.O). Surat tawaran diberikan kepada kontraktor yang memenangi tender atau sebutharga. Pemilik projek boleh terdiri daripada pihak kerajaan, badan berkanun, atau pihak swasta. Mereka akan mengeluarkan tender atau sebutharga dan memanggil kontraktor yang berminat. Bagi memenangi tender, kontraktor perlu memastikan lesen CIDB mereka masih aktif. Sekiranya lesen CIDB kontraktor anda telah tamat tempoh, anda boleh rujuk cara daftar kontraktor seperti di bawah:
Cara Daftar Lesen Kontraktor CIDB
Langkah 1: Layari MyProBina.com
Anda perlu melayari laman web MyProBina.Com. Klik pada bahagian LESEN KONTRAKTOR CIDB

Langkah 2 : Jenis Permohonan
Pilih jenis permohonan berdasarkan kategori syarikat masing-masing, sama ada kontraktor asing atau kontraktor tempatan.

Langkah 3 : Isikan Borang Permohonan
Sila isikan butiran maklumat syarikat dan pemohon yang tepat pada borang permohonan yang telah disediakan supaya pihak kami dapat menghubungi anda.

Langkah 4 : Hantar Borang Permohonan
Selepas anda mengisi maklumat anda di borang permohonan, anda hanya perlu klik pada kotak ” Saya bersetuju dengan terma & syarat” dan seterusnya klik “Hantar Permohonan“. Pihak MyProBina akan menghubungi anda dalam masa 24 jam (waktu bekerja).
Baca juga artikel ini : 2 Cara Mudah Renew Lesen Memandu Anda
Rumusan
Senang bukan? Hanya dengan 4 langkah anda boleh daftar lesen CIDB syarikat anda. Permohonan hanya mengambil masa 3-5 hari bekerja dan anda akan menerima lesen anda melalui emel yang telah diisi semasa membuat permohonan. Tunggu apa lagi? Daftar kontraktor CIDB anda di MyProBina sekarang. Dapatkan harga promosi dengan klik butang Whatsapp di bawah



