Cara Renew Lesen Memandu di JPJ

Terdapat beberapa tempat untuk anda renew lesen memandu anda. Salah satu tempat yang anda biasanya tahu ialah anda boleh renew lesen memandu di JPJ dan beberapa tempat lain. Kami akan menerangkan lebih lanjut kelebihan dan kekurangan untuk anda memperbaharui lesen memandu anda di tempat-tempat di bawah;

Tempat Pembaharuan Lesen Memandu

Pejabat Pos

Untuk memperbaharui lesen anda di mana-mana cawangan Pejabat Pos Malaysia, bawa MyKad dan lesen memandu terkini anda.

Masa operasi bagi Pejabat Pos adalah berbeza mengikut cawangan masing-masing. Ini akan memberikan sedikit masalah bagi pemegang lesen yang ingin merancang masa mereka untuk ke Pejabat Pos.

Urusan pembaharuan lesen anda juga mungkin tergendala disebabkan kekerapan sistem offline dan tidak dapat digunakan.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)

Anda boleh pergi ke pejabat JPJ terdekat dengan anda dengan MyKad dan lesen memandu terkini anda. Anda juga boleh membawa sekeping gambar berukuran passport diri bersama anda (jika perlu).

Waktu operasi JPJ adalah bermula daripada pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Ianya agak bermasalah bagi sesetengah mereka yang sukar untuk keluar daripada waktu kerja untuk ke JPJ. Pembaharuan lesen mungkin juga akan mengambil masa yang lebih lama sekiranya ramai yang datang sama waktu dengan anda.

Semestinya anda akan mendapat terus lesen memandu anda jika anda memperbaharui lesen di kaunter JPJ.

renew lesen memandu di JPJ

Pusat Transformasi Bandar (UTC)

Anda juga boleh pergi ke cawangan UTC (Pusat Transformasi Bandar) yang berhampiran dengan tempat anda unduk memperbaharui lesen memandu anda. Antara cawangannya adalah;

  • UTC KL, Kuala Lumpur
  • Mini UTC Sentul, Kuala Lumpur
  • Mini UTC Keramat, Kuala Lumpur
  • UTC Kedah, Kedah
  • Mini UTC Sungai Petani, Kedah
  • UTC Perak, Perak
  • UTC Melaka, Melaka
  • UTC Johor, Johor
  • UTC Pahang, Pahang
  • UTC Terengganu, Terengganu
  • UTC Kuching, Sarawak
  • UTC Sibu, Sarawak
  • UTC Miri, Sarawak
  • UTC Sabah, Sabah
  • UTC Tawau, Sabah

Kelebihan memperbaharui lesen memandu di UTC adalah waktu operasinya yang lebih fleksibel sesuai untuk mereka yang tidak dapat hadir semasa waktu bekerja.

Namun, isu lain kebiasaan yang dihadapi ketika ingin memperbaharui lesen mereka di UTC adalah sistem pembaharuan lesen yang kerap tidak boleh digunakan, atau masalah dengan komputer dan lain-lain lagi,

Syarat Pembaharuan Lesen Memandu CDL

  1. Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4, 5 dan 10 tahun sahaja
  2. Tidak disenaraihitamkan

Dokumen Yang Diperlukan

  1. MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
  2. Pengenalan diri asal wakil;
  3. Lesen memandu asal/salinan;
  4. Dokumen pengenalan diri wakil yang asal;
  5. 1 gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm;
  6. Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga asing);
  7. Bayaran RM20.00/tahun bagi kelas B2 B & C (Kelas A/A1 RM2.00). Bayaran RM30.00/tahun bagi kelas D & ke atas. (Warganegara)
  8. Bayaran RM120.00 untuk semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H, I (Bukan Warganegara)

Kesimpulan

Bagi mereka yang sibuk dengan urusan seharian dan semestinya tidak ada masa untuk renew lesen memandu mereka di Pejabat Pos, JPJ atau pun UTC, anda boleh memperbaharui lesen anda secara online. Ianya sangat mudah dan anda hanya perlu menunggu lesen memandu anda dipos ke kediaman anda.

Pembaharuan lesen memandu boleh disimpulkan bahawa lebih mudah jika dibuat melalui online. Ianya lebih mudah dan menjimatkan masa tanpa perlu untuk menunggu giliran yang lama di kaunter.

Sekiranya anda ingin renew lesen memandu secara mudah, team kami boleh membantu anda untuk memperbaharui lesen memandu anda secara online bermula dari A sehingga Z. Anda hanya perlu menunggu lesen memandu sampai ke rumah anda sahaja. WhatsApp kami sekarang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *