Kerajaan komited dalam menangani ketirisan subsidi yang disalahgunakan oleh aktiviti penyeludupan dan juga subsidi dinikmati oleh warga asing. Dalam hal tersebut, kerajaan di bawah kendalian Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan Budi Madani RON95 bagi mewujudkan harga yang berlainan bagi rakyat Malaysia khususnya yang menerima subsidi.
Di bawah adalah ringkasan bagi program Budi Madani RON95;
Harga:
RM1.99/L untuk warganegara
RM2.60/L untuk bukan warganegara
Had Penggunaan:
Setiap warganegara diberi siling kelayakan bulanan 300 liter.
Tarikh mula:
27/9: Polis & Tentera
28/9: Penerima STR
30/9: Semua
Syarat:
1) MyKad
2) Lesen memandu sah
Cara:
1) Terminal pam minyak
2) Di kaunter
3) Apps Touch n Go/Setel
Kredit: Mutalib Uthman
Baca juga artikel ini >> Servis online yang anda mungkin tidak tahu



