Pasti ramai rakyat Malaysia di luar sana yang bertanya dan ingin tahu bilakah tarikh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2025 akan disalurkan ?
Pembayaran STR 2025 Fasa 1
Melalui hantaran Facebook Kementerian Kewangan Malaysia, STR Fasa 1 akan disalurkan secara berperingkat mulai Rabu, 22 Januari 2025 kepada penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing atau secara tunai melalui BSN secara berperingkat.
Menurut YAB Dato. Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan berkata, secara keseluruhan, program STR dan SARA pada tahun 2025 akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima atau 60% daripada penduduk dewasa. Bagi STR dan SARA 2025, Kerajaan telah melonjakkan kadar maksimum untuk isi rumah kepada RM4600 tahun ini berbanding RM3700 pada tahun lalu. Kadar minimum untuk golongan bujang juga naik kepada RM600 daripada RM500 tahun lalu.
Permohonan baharu dan kemas kini bagi STR akan dibuka sepanjang tahun. Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perly membuat permohonan di portal rasmi STR iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi membolehkan proses berifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.
Rujuk lampiran di bawah bagi perbandingan pembayaran STR Fasa 1 tahun 2023-2025.
Jadual Perbandingan Pembayaran STR & Pembayaran STR 2025 Fasa 1

Baca juga artikel ini >> Kad Kahwin Digital



