Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Kerajaan bersetuju subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan berkuat kuasa Rabu ini (1 Nov 2023).
Beliau turut berkata bahawa rasional untuk penamatan subsidi secara pukal bagi ayam ini adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi siaran soalan lazim penamatan subsidi ayam menyebut, harga sekilogram ayam pada peringkat runcit di kawasan luar bandar dijangka sekitar RM10.40 satu kilogram (kg).
Harga tersebut masih kekal walaupun langkah penamatan subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa 1 November ini, namun harga ayam di peringkat hypermarket atau pasar raya besar dijangka tidak akan melebihi RM9.40 satu kg.



