Geran Digital PMKS MADANI kini kembali. Bagi anda pemilik bisnes yang ingin meningkatkan perniagaan anda melalui program pendigitalan ini.
Skop Pendigitalan Yang Ditawarkan Geran Digital PMKS MADANI
- Pemasaran Digital/Penjualan
- Sistem Pembayaran Digital/e-Pos
- Sistem Pengurusan Gaji HR/Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM)
- Perancangan Sumber Perusahaan (ERP)/Perakaunan & Percukaian
- Tandatangan Digital
- IoT/Sistem Pintar
- Keselamatan Siber
Kelayakan & Dokumen Yang Diperlukan

Adakah Anda Layak?
- Syarikat Malaysia Yang Berdaftar: PMKS/Koperasi dengan milikan sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia.
- Keperluan Pendaftaran: Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
- Tempoh Operasi: Beroperasi sekurang-kurangnya enam(6) bulan.
- Jumlah Pendapatan Tahunan: Purata Jualan tahunan sekurang-kurangnya RM50,000.
- Penerima Geran Sebelum ini: PMKS atau koperasi yang telah menerima Geran Padanan Digitalisasi sebelum ini tidak layak untuk memohon Geran Digital PMKS MADANI.
Apakah dokumen yang diperlukan?
- Dokumen Pengenalan: Salinan kad pengenalan atau pasport pengarah/pemegang saham/pemilik, mana-mana yang berkenaan.
- Lesen Perniagaan: Dokumen pendaftaran perniagaan/profil perniagaan SSM/dokumen pendaftaran SKM.
- Dokumen Kewangan: Akaun yang telah diaudit terkini, akaun pengurusan, atau penyata bank dua bulan terkini.
- Invois: Invois/sebut harga yang dikeluarkan oleh Rakan Digitalisasi.
Untuk info lanjut boleh layari laman web funding societes.
Untuk info terkini sila layari laman web InfoTerkini!



